Selasa, 8 Oktober 2013

NYANYIAN sang PERINDU.



inilah saya yang sukakan camera. sukakan kebebasan.suka kan kebahgiaan. sapa yang tak nak 
BAHAGIA KAN ?? 

P/S : saya bukan c comel yang kat belakang tu ye. tapi yang gedix pegang spect kat depan tu.. hehe ..this is me. 



okey lah. hari ni sebenarnya saya nak cerita tentang tajuk entry saya kat atas ni.iaitu, 
NYANYIAN sang perindu.  

nyanyian sang perindu merujuk kepada  sebenarnya bagi saya adalah kata-kata dari hati yang lahir untuk insan yang kita sayang. perasaan sayang kan universal. sesiapa sahaja ada perasaan ni.fitrah berkasih sayang ni ALLAH dah beri kita dari awal lagi.semua makhluknya ada perasaan ni. perasaan ni jugak bukan hanya untuk kasih dengan ALLAH, keluarga, sahabat dan kekasih sahaja. tetapi ianya lebih mendalam lagi sebenarnya.
kasih dengan bunga , bunga akan layu
kasih dengan manusia , manusia akan mati
kasih dengan diri sedri , amalan terpuji , 
kasih dengan ALLAH s.w.t , hidup akan sentiasa di berkati.

kasih yang sebenarnya , adalah kasih yang berlandaskan agama,bukan nafsu dan pemikiran sahaja. kadang2 manusia ni suka membezakan-bezakan antara intan dan kaca. tapi selalu jugak salah menilai yang intan di sangka nya berlian yang bernilai, yang kaca pula ibarat botol tak berharga. SALAH tu, jangan la kita tanamkan sifat suka menilai manusia berdasarkan rupa paras dan jugak harta benda. kita tahu.kita semua di lahirkan tidak sempurna.tidak mungkin hamba macam kita akan sempurna .walaupon kita kata kita sempurna di mata dunia, di mata ALLAH belum tentu lagi. hanya yang benar2 ALLAH pilih akan sempurna di matanya.dan berusaha untuk kesempurnaan di mata ALLAH adalah matlamat dan misi hidup kita. INSYA 'ALLAH.

nyanyian sang PERINDU adalah doa bagi saya. DOA insan yang benar ikhlas ,yang benar merindukan penciptanya, yang benar menginsafi,merendahkan hati,mengikhlaskan diri , memohon keampunan kehadrat ilahi.kita kan manusia.manusia ni hamba.namun kita adalah hamba yang di sayangi sebab ALLAH beri kita kelebihan .iaitu akal yang ALLAH tak beri pada umatnya yang lain. ALLAH beri kita akal supaya kita kan dapat berfikir buruk dan baik, memilih jalan yang baik, dan yang paling penting supaya kita dapat berhidmat pula kepada kehidupan orang lain. inilah fitrah kejadian manusia. kita di cipta untuk sama-sama membantu yang memerlukan ,sama-sama mencipta sebuah dunia yang aman kerana di esok hari kita juga akan pergi menghadap SANG PENCIPTA yang di sanjungi.di manakah tempat hamba kalau bukan bersama SANG PENCIPTANYA BUKAN ? 

semoga kita akan sama -sama dapat pelajaran walau pon sedikit dari entry kali ni. saya juga sama ,manusia yang pernah melakukan banyak dosa, banyak kesalahan.namun saya sedar saya perlu berubah.saya juga akan pergi satu hari nanti.pesanan ini mewakilkan diri saya sendri,peringatan yang ingin di kongsi bukan untuk membangga diri, bukan juga untuk di kenali, cukuplah sekadar medium perkongsian ilmu yang saya mahu kongsi.jika ada yang tersalah, semuanya atas kesalahan dan kekhilafan diri saya.jangan la kerana kata-kata saya, AGAMA saya pula yang terkena. bak kata guru saya, setiap hari kita harus bersedekah supaya hidup akan di berkati.
ameen.

p/s- setiap perkataan adalah doa,walau di mana sahaja ,tak kira masa atau medium apa kita gunakan , sentiasalah berwaspada , kerana kita tidak tahu doa mana yang akan di makbulkan. 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan