Rabu, 9 Oktober 2013

BERTAHAN di PUNCAK GADING !!

salam . ukhwah dan salam kemanisan bersahabat.

hari ni saya nak kongsikan satu lagi pengalaman pahitgetir hidup saya bergelar seorang 'MAHASISWI'

saya berasal dari teluk intan ,perak , mula masuk university berbekalkan 5A dari spm dapat tawaran ke bidang pengurusan pejabat di UITM PERAK ,SRI ISKANDAR. tetapi saya dengan confident telah menolak tawaran ini dan membuka langkah saya ke arah lain.saya sbenrnya bercita-cita mahu berada di bidang ARCHITECTURE,( interior architect). salah satu bidang profesional yang paling di geruni oleh mahasiswa dan mahasiswi. alangkah sedihnya rasa hati, saya tidak mendapat peluang itu. saya teruskan langkah masuk ke pra diploma sains. saya sangat bersyukur dan gembira dpat peluang belajar di uitm penang.kerana di sinilah saya bertemu dengan kawan2 saya yang sangat hebat dan boleyh di katakan antara sahabat saya yang terbaik. di sini saya beljar erti keikhlasan.erti berdikari, dan segalanya yang saya rasa banyak mengubah diri saya.selepas tamat pra diploma.saya di beri peluang temuduga dalam bidang designing. nampaknya rezeki saya belum sampy dalam bidang ni kerana sekali lagi saya di tolak.akhirnya berlandaskan kepercayaan pada ALLAH, pada keluarga, saya gagahkan diri masuk ke dalam bidang quantity surveying di UITM PERAK. sekali lagi laluan hidup saya membawa saya kembali ke perak.sekarang di saat rakan sekolah saya dah grade dan dah mula masuk ke alam degree, saya masih di tahun akhir pengajian saya di uitm perak.tinggal lagi satu sem.UITM perak, banyak beri saya pelajaran,pengalaman,duka,suka segala yang dapat saya rangkulkan wujud dalam hidup saya di sini. sungguh banyak yang tak dapat saya ceritakan. saya banyak mengenali diri saya semasa saya di sini.seorang mahasiswi .dan sekarang rasa sedih pun ada nak tinggalkan zaman diploma.saya rasa bertuah kerana saya dapat peluang jumpe ramai kawan .kawan yang pelbagai ragam,pelbagai kerenah,  namun berhati mulia. 

MAK, DAN OPAH saya antara keluarga yang jadi inspirasi ke arah satu kerajaan yang akan saya bina nanti.kerajaan yang saya akan pupuk dari kecil hinggalah besar yang saya akan pastikan akan jadi satu kenyataan .kerajaan yang mampu buat orang yang saya sayang bahagia.

inilah buah hati saya , pengubat duka saya , sumber inpirasi terbesar saya ,seorang ibu yang terbaik, mampu berkorban apa sahaja demi anak2nya.

p/s ; kelembutan bukan terletak pada pemakaiannya, tatarias wajahnya, lunak suaranya, merdu iramanya, namun kelembutan itulah yang berada di benak hatinya yang ikhlas meredhakan ketentuan, dengan gigih mempaksikan harapan ,dengan utuh memanjatkan kesyukuran.kerana kelembutan inilah iman yang hanya berpaksi pada satu kiblat kebenaran.

Selasa, 8 Oktober 2013

NYANYIAN sang PERINDU.



inilah saya yang sukakan camera. sukakan kebebasan.suka kan kebahgiaan. sapa yang tak nak 
BAHAGIA KAN ?? 

P/S : saya bukan c comel yang kat belakang tu ye. tapi yang gedix pegang spect kat depan tu.. hehe ..this is me. 



okey lah. hari ni sebenarnya saya nak cerita tentang tajuk entry saya kat atas ni.iaitu, 
NYANYIAN sang perindu.  

nyanyian sang perindu merujuk kepada  sebenarnya bagi saya adalah kata-kata dari hati yang lahir untuk insan yang kita sayang. perasaan sayang kan universal. sesiapa sahaja ada perasaan ni.fitrah berkasih sayang ni ALLAH dah beri kita dari awal lagi.semua makhluknya ada perasaan ni. perasaan ni jugak bukan hanya untuk kasih dengan ALLAH, keluarga, sahabat dan kekasih sahaja. tetapi ianya lebih mendalam lagi sebenarnya.
kasih dengan bunga , bunga akan layu
kasih dengan manusia , manusia akan mati
kasih dengan diri sedri , amalan terpuji , 
kasih dengan ALLAH s.w.t , hidup akan sentiasa di berkati.

kasih yang sebenarnya , adalah kasih yang berlandaskan agama,bukan nafsu dan pemikiran sahaja. kadang2 manusia ni suka membezakan-bezakan antara intan dan kaca. tapi selalu jugak salah menilai yang intan di sangka nya berlian yang bernilai, yang kaca pula ibarat botol tak berharga. SALAH tu, jangan la kita tanamkan sifat suka menilai manusia berdasarkan rupa paras dan jugak harta benda. kita tahu.kita semua di lahirkan tidak sempurna.tidak mungkin hamba macam kita akan sempurna .walaupon kita kata kita sempurna di mata dunia, di mata ALLAH belum tentu lagi. hanya yang benar2 ALLAH pilih akan sempurna di matanya.dan berusaha untuk kesempurnaan di mata ALLAH adalah matlamat dan misi hidup kita. INSYA 'ALLAH.

nyanyian sang PERINDU adalah doa bagi saya. DOA insan yang benar ikhlas ,yang benar merindukan penciptanya, yang benar menginsafi,merendahkan hati,mengikhlaskan diri , memohon keampunan kehadrat ilahi.kita kan manusia.manusia ni hamba.namun kita adalah hamba yang di sayangi sebab ALLAH beri kita kelebihan .iaitu akal yang ALLAH tak beri pada umatnya yang lain. ALLAH beri kita akal supaya kita kan dapat berfikir buruk dan baik, memilih jalan yang baik, dan yang paling penting supaya kita dapat berhidmat pula kepada kehidupan orang lain. inilah fitrah kejadian manusia. kita di cipta untuk sama-sama membantu yang memerlukan ,sama-sama mencipta sebuah dunia yang aman kerana di esok hari kita juga akan pergi menghadap SANG PENCIPTA yang di sanjungi.di manakah tempat hamba kalau bukan bersama SANG PENCIPTANYA BUKAN ? 

semoga kita akan sama -sama dapat pelajaran walau pon sedikit dari entry kali ni. saya juga sama ,manusia yang pernah melakukan banyak dosa, banyak kesalahan.namun saya sedar saya perlu berubah.saya juga akan pergi satu hari nanti.pesanan ini mewakilkan diri saya sendri,peringatan yang ingin di kongsi bukan untuk membangga diri, bukan juga untuk di kenali, cukuplah sekadar medium perkongsian ilmu yang saya mahu kongsi.jika ada yang tersalah, semuanya atas kesalahan dan kekhilafan diri saya.jangan la kerana kata-kata saya, AGAMA saya pula yang terkena. bak kata guru saya, setiap hari kita harus bersedekah supaya hidup akan di berkati.
ameen.

p/s- setiap perkataan adalah doa,walau di mana sahaja ,tak kira masa atau medium apa kita gunakan , sentiasalah berwaspada , kerana kita tidak tahu doa mana yang akan di makbulkan. 







Isnin, 7 Oktober 2013

5 INSIDEN YANG BUKAK MATA AKU SELAMANYA.


5/10/2013
Pada hari ni adalah hari yang bermula sangat bahagia.. tapi sebab kan satu perkara yang korang2 and aku sendri anggap remeh dah buat hidup aku the whole day jadi sangat sengsara.it has give me satu pelajaran yang sangat bermakna dalam hidup aku. Dan aku rasa korang TAKKAN ADA PERASAAN NI kalau korang tak alami nya sendiri. Kuasa tuhan sangat hebat u all.jangan bermain dengan janji yang telah tuhan beri. Kalau kita ingkar dalam saat ni jugak kalau dia nak berhentikan nafas kita ,kita akan mati..percayalahh.

Kisah dia macam ni. Pagi ni aku bersiap nak pergi buat partime dengan satu kedai kek di satu carnival kat the mines serdang. Kebetulan aq kene hantar opah aku pergi kedai mak aku dulu pagi ni .dalam hati boleyh la aq breakfest dulu kat kedai mak aku kan. Dah makan semua aku pon nak cepat pergi keje sebab masa dah agak lambat and tempat tu agak la jauh. Aku salam mak aq.aku pon salam tok aku.AKU CIUM PIPI  TOK AKU. Tapi aku TAK CIUM PIPI MAK AKU. Astagfirullahalazim. Deritanya hidup aku haritu.. di sebabkan aku dah mungkin terguriskan hati mak aku dengan buat macam tu..  dalam hati aku terdetik, takpelahh.aq nak tunjuk yang aku syg tok aq lebih dari mak aq.sebab aq ni duduk dengan tok aq dari aku kecil.jadi loyalthy ni lebih kepada tok aq la..anak cucu manja la katakan.astagfirullah.niat aq nak buat mak aq cemburu.. berdosanya aku hari ni. Aku dah mulakan hari aku dengan dosa.

Bermula lah kisah seharian aku yang aku takkan lupa selama aku hidup.pengalaman, ketakutan, kegelisahan yang aku tanggung, semuanya di sebabkan oleh niat aku di awal hari . kawan kawan niat sangat penting.jangan sesekali luka kan hati ibu kita , kawan kawan.azabnya ALLAH tak tunggu dah nk bagi kat akhirat.Kat dunia ni  pon dia dah tunjuk.. kisah nya macam ni, dari elok elok aku start enjin, ikut highway nak g puchong, aku boleyh sesat ? dah la duit pulak aku ni bawak cukup cukup je. Dah sesat satu hal. Kene pulak bayar tol mana tah. Okeyh terus lagi musibah kedua adalah jalan yang sangat sesak nak menuju the mines. Tak tau la ape yang jadi .dekat 2 jam aq dalam jem baru sampy.dengan traffic jem..YA ALLAH nak di ceritakan memamng sangat sangat sesak.jem tak bergerak pulak tu. Musibah ketiga aq bermula bila, dengan TIBA-TIBA tak semena enjin aq naik temperature terus sampay merah. Aku dah la dekat lane  tengah.nak kene terus pergi ke tepi  dan matikan enjin kereta. Duduk tunggu sampai 30 min.. then lepas tu ok pulak.tibe2  temperature terus okeyh macam nothing happen. Alhamdulillah. Aku pon jumpe the mines and terus parking. Tempat parking penuh. Tapi dapat jugak satu. Aku terus bergegas pergi naik ats nak cari tempat carnival pulak.janji nak masuk pkul 10 tapi pkul 12 baru aku samapy kat carnival. Okeyh done. Keje mcam biasa.just do apa yang dorang suruh aku buat. Tak susah pon .boleyh la sebab mungkin dah biasa bab  menjual ni. Cuma agak kekok sebab first tyme nak potong kek masuk dalam kotak kek. Yela mcam kat kedai selalu buat tu.haha.. terasa diri jadi pakar pulak tibe2. Dah la kedai yang aku keje tu pulak bukan kedai biasa2. Very famous sebab kedai ni milik juri master chef .yup juri dia. And the winner izyan tu pun ada..sangat friendly n adorable. He he he. Nak cite bnyak. Tapi yabg paling teruk happens worst of the worst is,  is time nak balik bila dah habis keje iaitu musibah yang ke empat.aku ingat bos nak bayar gaji aku .sekali dia terus balik.aku nak kata apa walau tade duit sebab ego aku biarkan . dalam poket aq ada 2 ringgit. Aq nak kene rempuh 2 tol dan duit aq tak cukup.aku tak mintak kat cik puan kedai tu gaji aku sebab dia tak cakap pape sal gaji so aku ni just redha even dalam poket sesen pon amat bermakna bagi aku sekarang. Memang EGO gile.  Aku pon balik decide lantak lah.tade duit pon takpe. . sampy kat bawah mall aku Nampak MESIN AUTOPAY !!! pergh sentap.macam mana aku nak keluar mall kalau aku tak bayar autopay.YA ALLAH ..dugaan apa kah ini. Merenggut kekuatan aku hari ni. Sepanjang aku bejalan kaki sampy kat kereta aku tahan diri aku jangan nangis ayu..jangan nangis.. jangan nangis..ko kene kuat.ko kene tempuh dugaan ni. Aku pon masuk kereta tapi aku tak dpat tahan air mata aku mengalir.keluarlah engkau ..keluarlahhh..aku terus dengan berbekalkan kepercayaan  dan semangat dan tawakkal tu alaALLAH. GELEDAH kereta aku tu mencari duit.bukak dompet sampai nak terburai dompet aku nieh .dan tanpa di sangka sangka.. aku jumpa RM 6.00 dalam dompet aku ni. Ya ALLAHHHHH.. sungguh besar rahmatmu ya ALLAH. Enkau maha mngabulkan sesuatu.engkau tolong hambamu yang sering lalai dan alpa ini . ALLAH tolong saya.. ALLAH ada masa saya sangat perlukan bantuan. Hal ini amat bermakna dalam hidup saya .sangat memberi saya pengajaran yang amat besar. Saya pon dengan suka hati dan bersyukur kerana kini saya ada duit untuk bayar parking kereta dan cukup duit untuk balik rumah.saya ada RM 8.00.saya pon bawak duit pergi ke tempat auto pay.dengan berdebar sebab saya parking lebih 10 JAM.saya takut duit saya tak cukup.saya berperang dengan perasaan.rasa nak lari.tak nak bayar auto pay.takut nanti orang gelakkan saya sebab tak cukup duit nak bayar parking. Saya gelabah.saya memang serius rasa nak lari kawan kawan. GILA .memang perkara gila yang berlaku dalam hidup saya dan matangkan pemikiran saya. TAPI saya cakap kat diri saya. Ayu, kalau ko lari pon apa yang boleyh kau buat.. ko nak merayu pada sapa ? nak tak nak ko kene FACE THE PROBLEM . face it.jadi lagi berani.jangan biarkan perasaan takut ko menyelubungi diri .aku pon arghh.redah.kalau tak cukup aku mintak je dekat orang belkang aku.ego jatuh pon lantak lah.. ini lah yang aku pikir dlam hati. Aku pon msukkan tiket dalam mesin. Nak tau tak bape ?  ALAHAMDULILLAH.. syukurr. Selama 10 jam lebih aku parking.aku kene bayar RM5.00. syukur sangat..sangat syukurrr ..sekali lagi ALLAH tunjukkan kekuasaan nyaa. ALLLAH tolong hamba nya ni.so duit aku memang cukup2 nak bayar duit tol RM3.00.. time tu aku rasa macam nak melonjak kegembiraan .keseronokan dapat bayar duit parking.YA allah.kalau takde duit RM6.00 tu.. apa la akan jadi kat aku kan. Aku pon tak dapat nak jangka.. Aku pon terus balik..inilah 5 musibah hidup aku hari ni.jatuh ditima tangga yang bertingkat-tingkat.
Apa yang aku nak share sebenarnya nilah.perasaan kita nak face sesuatu problem tu. Kita kene BERANI majukan diri kita. Kalau kita tak bergerak sapa pulak nak ingtkan kita. Kalau kita tak berani untuk MULA. Jangan mimpi kita akan berani untuk Berjaya !!!

P/S tak nak jadi macam ni dahh..mak ampunkan sayaa..


MESIN AUTO PAY !!!




duit SANGAT bernilai..

Khamis, 3 Oktober 2013

RATU GEDIK DEPAN CAMERA !!!OPPPS..

 

HAHA.again saya nak kongsi yang kegembiraan adalah satu perkara yang subjektif. begitu juga dengan perasaan . kalau kita syagkan seseorang macam tu jugak lah kita nak orang tu sayangkan kita jugak sama macam kita sayangkan dia kan. TAPI KONSEP MENERIMA sahaja tidak cukup. dalam konsep dunia,

WHAT U GIVE YOU WILL GET IT BACK WITH TRIPLE TIMES MOREEES.!!
 jadi  kawan kawan .kita kene beljar memberi. bukan menerima . HYPOTHESIS nya kat sini, semakin banayk kita memberi , semakin banyaklah kita akan terima .jadi jangan takut untuk MEMBERI.jadi fikirlah ,duduk diam2 kat hujung rumah anda and fikirkan ape yang telah anda beri kepada orang yang anda sayang kalau anda rasa down or rasa macam tak di hargai. anda TANYA diri anda sendri.

apa yang aku sumbang pada dia kalau aq nak dia sayangkn aq ?
apa cukupke ,ikhlas ke , sudah ckup baik ke ape yang aq buat untuk dia,?
layak ke diri aku ni etrima kasih sayang kalau aku tidak beljar memberi kasih sayang aku pada orang lain.?

nak di ingatkan ye .kasih sayang di sini BUKAN SEMATA WANG DAN HARTA. manusia adalah emosi. pikatlah emosi mereka supaya mereka rasa di hargai dan dengan sendrinya INSYALLAH, mereka juga akan belajar menghargai. inilah fitrah dunia dan alam kemanusian kawan - kawan. semoga kita belajar sesuatu dari semua ni ya.
bukan niat menunjuk apatah lagi mengata. niat di hati ingin berkongsi rasa yang terpendam dan juga mengingatkan dri sendri  supaya terus beljar untuk memberi..









gambar kat atas ni sekadar hiasan ye. syg2 saya kat ats ni wish korang cemerlang di menara gading and begitu jugak kepada semua pembaca .. amin.
SALAM UKHWAH.
 oke .semalam saya tak sempat nak update tentang muffin bluberry 20 min siap punya gambar kan. haha..so hari ni iaitu bersamaan pagi tadi, saya buat lagi muffin resepi ni.. cuma hari ni beza nya saya letak bluberry filling di atas . supaya dia nampak mcm best sikit kan.. haha. depends la kat KREATIVITY masing masing yer. 


oke hasilnya..



kalau nak tahu satu lagi rahsia sebab apa naik gebu macam ni kene baca kat sini ye.https://www.facebook.com/fantasykekcawan scroll je la tentang rahsia kek cawan gemoks eh.hehe

selamat mencuba. semoga hari anda akan selalu di limpahi kebahgiaan walaupon dengan makan kek cawan gemoks. hehe

Rabu, 2 Oktober 2013

KETAKUTAN yang MENGHANTUI kita BOLEH atasi !!!

PENGALAMAN SAYA KAWAL PERASAAN NERVES ATAS STAGE.

salam. SELAMAT TENGAH HARI . selamat juga menunaikan solat zohor anda ye.

saya merupakan student dari universiti tempatan.dan kat sini saya nak kongsikan satu lagi minat saya selain daripada membuat kek cawan yang gemok.

-saya dahulunya adalah seorang yang pemalu,rendah diri , takut nak bergaul, sebab saya merasakan ada satu kekurangan dalam diri saya.dalam mind saya dah set yang saya ni kurang dari orang lain .INI SALAH.SILA JANGAN TIRU!.sebenarnya perbuatan saya ni tak bersyukur namanya dengan apa yang ALLAH dah beri kepada saya.segala kelebihan ALLAH dah beri tinggal kita umatnya wajib mencari kelebihan diri kita itu dengan seikhlasnya dan lebih baik lagi kita pula cuba dengan sedaya upaya untuk ikhlas menolong orang yang lebih memerlukan dari diri kita..PANJANG MUKHADDIMAH KAN.hehe

nak di jadikan cerita,satu lagi kebolehan saya yang orang ramai tak tahu adalah, saya boleyh menyanyi. tadelah sedap pon.tp saya boley dan berani untuk perform di khlayak ramai. saya pernah impikan nak buat mcm tu dan akhirnya saya buat jugak walaupon peritnya hanya saya dan rakan2 kat belkang saya yang tahu. apa yang orang lain nmpak, kitorang seronok membuat persembahan.kitorang sporting atas pentas.nampak kitorang okey and suara merdu best smuala.. TAPI.. jeng jeng jeng. berapa ramai yang tahu macam mana kitorang practice ? berapa ramai yang tahu kitorang redah hujan nak g pusat jammimg? berapa ramai yang tahu kepenatan kitorang tido lambat ?brapa ramai yang tahu gitarist sampy sakit jari ? dan berapa ramai jugak yang tahu saya menangis sebelum naik pentas.. betul2 sebelum naik pentas saya dah tak boleyh kawal emosi saya dan saya menangis ibarat anak kecil, sewaktu tengah make up.

ALHAMDULILLAH..saya sangat bersyukur saya ada kawan2 yang sayangkan saya.yang sanggup dtg dan support saya. kenangan masa tu ibarat macam nak buat show luar negara dah..hahahaa.. padahal dalam kampus je. tapi ni lah pengalaman saya. kalau korang rasa nak tahu macam mana saya kawal perasaan saya , apa yang saya buat sampy saya gagahkan diri melangkah ke atas pentas , dan siapakah orang di belakang yang sentiasa menyokong saya, menjerit dan memberi sokongan padu pada saya..? korang komen korang nak.dan saya akan buka kisah yang saya pendam rapat ini.semoga sama sama boleyh kita jadikan iktibar.

sekian.
4 LANGKAH EXPRESS SEDIAKAN KEK CAWAN UNTUK YANG TERSAYANG.
 resepi kek cawan mudah ,cepat dan konfem2 sedaplah nok.. haha.terbukti sebab dah buat.230 %. you all should  try.simple and deliciouslabel.hihik

TERBUKTI 20 MINITS SIAP ..EXPRESS DAN SEDAP.

entry saya pagi ni mak cerita tentang pengalaman saya buat cupcake express pagi tadi.blend smua barang amik masa x sampy 5 minit.bakar dlm 15 minit siap. haha.

BAHAN-BAHAN

2 biji telur
70 gram minyak
70 gram air
tepung mix bluberry 300 gram ( atau apa2 sahaja perisa lain )
bekas kek cawan 10 biji.
10 sudu jem blueberry ( ni saya tambah bg delicious )

CARA PENYEDIAAN

STEP 1
campur telur ,minyak ,tepung, n air  dan blendkan dalam mixer dalam 3 minit.jgn lebih supaya tak terlampau soft.

STEP 2
cedok masuk kan dalam bekas kek cawan suku .masukkan satu sudu jem blueberry dan tambah lagi adunan sehingga 75 % bekas kek cawan.

STEP 3
susun atas dulang oven secara 20% jarakkan. bakar selama 15 minit dgn suhu 150 darjah ,atas bawah. sedia di makan !!!