Rabu, 9 Oktober 2013

BERTAHAN di PUNCAK GADING !!

salam . ukhwah dan salam kemanisan bersahabat.

hari ni saya nak kongsikan satu lagi pengalaman pahitgetir hidup saya bergelar seorang 'MAHASISWI'

saya berasal dari teluk intan ,perak , mula masuk university berbekalkan 5A dari spm dapat tawaran ke bidang pengurusan pejabat di UITM PERAK ,SRI ISKANDAR. tetapi saya dengan confident telah menolak tawaran ini dan membuka langkah saya ke arah lain.saya sbenrnya bercita-cita mahu berada di bidang ARCHITECTURE,( interior architect). salah satu bidang profesional yang paling di geruni oleh mahasiswa dan mahasiswi. alangkah sedihnya rasa hati, saya tidak mendapat peluang itu. saya teruskan langkah masuk ke pra diploma sains. saya sangat bersyukur dan gembira dpat peluang belajar di uitm penang.kerana di sinilah saya bertemu dengan kawan2 saya yang sangat hebat dan boleyh di katakan antara sahabat saya yang terbaik. di sini saya beljar erti keikhlasan.erti berdikari, dan segalanya yang saya rasa banyak mengubah diri saya.selepas tamat pra diploma.saya di beri peluang temuduga dalam bidang designing. nampaknya rezeki saya belum sampy dalam bidang ni kerana sekali lagi saya di tolak.akhirnya berlandaskan kepercayaan pada ALLAH, pada keluarga, saya gagahkan diri masuk ke dalam bidang quantity surveying di UITM PERAK. sekali lagi laluan hidup saya membawa saya kembali ke perak.sekarang di saat rakan sekolah saya dah grade dan dah mula masuk ke alam degree, saya masih di tahun akhir pengajian saya di uitm perak.tinggal lagi satu sem.UITM perak, banyak beri saya pelajaran,pengalaman,duka,suka segala yang dapat saya rangkulkan wujud dalam hidup saya di sini. sungguh banyak yang tak dapat saya ceritakan. saya banyak mengenali diri saya semasa saya di sini.seorang mahasiswi .dan sekarang rasa sedih pun ada nak tinggalkan zaman diploma.saya rasa bertuah kerana saya dapat peluang jumpe ramai kawan .kawan yang pelbagai ragam,pelbagai kerenah,  namun berhati mulia. 

MAK, DAN OPAH saya antara keluarga yang jadi inspirasi ke arah satu kerajaan yang akan saya bina nanti.kerajaan yang saya akan pupuk dari kecil hinggalah besar yang saya akan pastikan akan jadi satu kenyataan .kerajaan yang mampu buat orang yang saya sayang bahagia.

inilah buah hati saya , pengubat duka saya , sumber inpirasi terbesar saya ,seorang ibu yang terbaik, mampu berkorban apa sahaja demi anak2nya.

p/s ; kelembutan bukan terletak pada pemakaiannya, tatarias wajahnya, lunak suaranya, merdu iramanya, namun kelembutan itulah yang berada di benak hatinya yang ikhlas meredhakan ketentuan, dengan gigih mempaksikan harapan ,dengan utuh memanjatkan kesyukuran.kerana kelembutan inilah iman yang hanya berpaksi pada satu kiblat kebenaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan